Kerajaan negeri Johor memberi pengecualian bayaran lesen perniagaan dan cas sewa tapak kepada peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negeri. Pengecualian itu dibuat berikutan faktor COVID-19 dan sebagai usaha membantu pemulihan sektor ekonomi tempatan.